Thursday 30 May 2019

WATAK DALAM KELAS KPS3014

Assalamualaikum Miss Izazol selaku pensyarah KPS3014 yang sangat sporting, ceria dan  positif. Di sini saya akan menghuraikan tentang watak di dalam kelas KPS kumpulan R yang telah saya pilih. Tapi sebelum saya huraikan tentang watak yang saya pilih, saya di sini ingin mengucapkan terima kasih kepada Miss Izazol yang banyak mengajar kami semua. Saya sangat bersemangat untuk hadir ke kelas Miss walaupun adakalanya terlajak tidur sehingga datang lewat ke kelas. Maafkan saya Miss. Tetapi saya sangat suka dengan cara Miss mengajar, tidak bosan, diselitkan dengan gurau senda, nasihat dan maklumat-maklumat tambahan serta isu-isu semasa khususnya yang berkaitan dengan pendidikan. Banyak manfaat yang saya perolehi dan saya juga yakin kawan-kawan sekelas yang lain juga merasakan keseronokan belajar dengan Miss. Terima kasih kerana sabar dengan kerenah kami yang pelbagai ragam. Maaf sekiranya ada mengguris hati Miss.

Baiklah, sekarang saya nak menerangkan tentang watak di dalam kelas saya iaitu KPS kumpulan R. Dia merupakan seorang lelaki, saya merasakan dia seorang yang matang kemungkinan kerana umurnya yang lebih tua daripada saya dan mungkin memiliki pengalaman hidup yang lebih banyak. Namanya ialah Rezaimi (maaf sekiranya saya salah eja namanya). 

Mengapa saya memilih dia sebagai watak untuk saya huraikan?
Kerana sikapnya yang matang dan ketika dia melakukan pembentangan, aura yang membuat saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kepada apa yang ingin dibentangkan. Kemungkinan bukan sahaja saya, malah kawan-kawan sekelas yang lain juga senyap memberikan tumpuan kepada apa yang dia cakap. Cara dia membentang dengan huraian yang jelas membuatkan saya faham dan suka mendengar apa yang dibentangkan. 

Selain itu, dia juga rajin bertanya soalan akan sesuatu yang dia tidak faham ketika di dalam kelas. Walaupun ramai yang sibuk fikir hendak balik (termasuk saya..hehe), dia tetap setia ingin bertanya soalan supaya dia faham akan apa yang dia telah pelajari pada hari tersebut. Nilai sebegitu adalah salah satu nilai pelajar yang berjaya dan sewajarnya dijadikan contoh.

Ingin hurai lebih panjang, saya kurang mengenalinya. Jadi cukup sekadar itu sahaja tentang watak yang saya pilih. Segala yang baik itu datangnya dari Allah, dan segala kelemahan itu dari diri saya sendiri. Sekian.

BAB 14 : PENGURUSAN ALAM PEMBELAJARAN

Setiap sesuatu yang ingin kita lakukan mesti mempunyai perancangan yang rapi dan jelas agar apa yang dilakukan itu berjalan dengan lancar dan teratur. Hal ini tidak terkecuali dalam urusan pengajaran dan pembelajaran. Mengapa dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) juga perlukan perancangan?

Perancangan dilakukan untuk memenuhi masa yang diperuntukkan untuk PdP dengan sesi yang bermanfaat. Selain itu, supaya dapat menepati kehendak objektif atau matlamat menyampaikan ilmu dan apa yang bakal diterima oleh murid. Perancangan ini juga dibuat supaya sepanjang waktu pengajaran dilaksanakan dengan berkesan atau efektif. Murid mendapat input melalui apa yang diajar dan dapat membuat output atau hasil berdasarkan apa yang mereka faham ketika sesi PdP. Di samping itu juga, memlalui perancangan yang tersusun dan rapi ini akan menarik perhatian dan tidak membosankan pelajar. Apabila merancang, pasti kita merancang untuk menyelitkan beberapa aktiviti selingan supaya murid tidak berasa bosan. Itu antara keperluan perancanagn pengajaran dan pembelajaran.

Suasana pembelajaran yang berkesan yang lainnya selain perancangan ialah sumber pengajaran dan pembelajaran selain daripada buku teks dan buku rujukan, alat bantu mengajar juga digalakkan seperti :
  • alat audio visual, 
  • LCD,
  •  komputer dan TV, 
  • peta atau gambarajah bagi menarik minat murid. 


Kesimpulannya, pengurusan alam pembelajaran ini sangat penting kerana dapat dijadikan panduan kepada guru-guru bagaimana untuk mengurusakan PdP dengan baik, perancangan yang rapi seterusnya akan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran serta melahirkan murid yang aktif dalam kelas sewaktu PdP berlangsung. 




BAB 13 : PENGURUSAN SEKOLAH & PERSEKITARAN



Akhbar Metro di atas yang bertajuk "3K Tingkat Kualiti Sekolah" dapat saya kaitkan dengan bab pengurusan sekolah dan persekitaran. Apabila sebut sahaja persekitaran sekolah pastinya kita akan terfikir tentang 3K. Apa itu 3K? Ianya bermaksud Kebersihatan, Kesihatan dan Keselamatan. Berdasarkan akhbar di atas, pertandingan 3K antara sekolah telah diadakan. Program sebegini adalah bagi memberi galakkan kepada sekolah untuk bersikap kreatif untuk menjadi kawasan sekolah bersih, ceria, terhindar daripada yang boleh membawa kepada penyakit dan yang paling penting selamat. Program sebegini bukan sahaja dijalankan di sekolah bandar malah sekolah luar bandar juga tidak terkecuali. Ianya bagi memupuk kesadaran untuk bekerjasama mempertingkat kualiti sekolah dari sudut 3K. Melalui program ini juga, akan memupuk kesedaran dalam kalangan guru-guru, murid dan warga sekolah akan pentingnya menjaga kebersihan, keceriaan dan keselamatan di dalam mahupun di luar kawasan sekolah dan persekitarannya.


Di sini juga saya ingin menekankan bahawa pengurusan sekolah dan persekitaran bukan hanya tertumpu kepada menjaga 3K sahaja. Malah ia juga merangkumi di persekitaran sekolah seperti kawasan perumahan, jalan raya dan sebagainya. Dengan menekankan aspek keselamatan, perkara ini perlu diberi tumpuan yang lebih dalam menjaga dan menguruskan murid bukan ketika di dalam kawasan sekolah malah interaksi mereka ketika diluar persekitaran sekolah. Hubungan dan kerjasama antara pihak sekolah dan masyarakat di sekitarnya akan mewujudkan permuafakatan yang saling memerlukan ibarat aur dengan tebing bagi menjana kecemerlangan sekolah melahirkan masyarakar 1Malaysia yang cakna akan 3K ini.

BAB 12 : PENGURUSAN PENDIDIKAN PELBAGAI UPAYA


Keratan akhbar di atas menunjukkan seorang budak autisme yang  menunjukkan teknik menghafaz al-Quran semasa Karnival Kemsyarakatan OKU peringkat Kebangsaan 2016 di IPG Kamous Ilmu Khas di Kuala Lumpur. Perkara sebegini menunjukkan bahawa pendedahan pendidikan bagi kanak-kanak atau golongan OKU ini seharusnya tidak boleh diabaikan sama sekali. Akan tetapi kesdaran yang masih rendah dalam kalangan ibu bapa dan masyarakat terhadap keperluan pendidikan anak orang kurang upaya (OKU) sehingga menyebabkan golongan ini sukar berdikari seterusnya gagal menikmati kehidupan seperti manusia normal lain. Peranan utama perlu dimainkan oleh ibu bapa serta masyarakat dalam memastikan anak OKU tidak terpinggir daripada menikmati kemudahan pembelajaran. 

Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan malaysia (PPPM) 2013-2015 "Setiap kanak-kanak warganegara Malaysia berhak mendapat kesamarataan peluang pendidikan bagi membolehkan merek mencapai potensi masing-masing...". Apa yang telah dinyatakan dalam PPPM ini jelas menunjukkan bahawa setiap kanak-kanak warganegara itu mempunyai hak untuk mendapatkan pendidikan tanpa ada yang terkecuali. Seharusnya ibu bapa dan masyarakat cakna akan hal ini. Ini untuk menjamin masa hadapan golongan kurang upaya.

Semua berhak mendapat pendidikan tidak kira sama ada pelajar itu dari sekolah juvana atau di pusat-pusat pemulihan sekalipun. Hak tetap dikira sebagai hak dan jangan sesekali menyisihkan golongan sebegini.

BAB 11 : PENGURUSAN PELBAGAI BUDAYA



Keratan akhbar dari Utusan Online di atas menceritakan tentang Cabaran Pendidikan Silang Budaya. Tajuk keratan akhbar ini sangat berkait dengan tajuk Pengurusan Pelbagai Budaya di dalam subjek Pengurusan Pembelajaran. Berdasarkan akhbar ini menjelaskan bahawa cabaran sejak kemerdekaan ialah mengintegrasikan penduduk Malaysia yang terdiri daripada latar sosiobudaya. Melihat kepada hakikat ini pelbagai konsep dan kempen ke arah pengintegrasian telah dilakukan bagi mencapai perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia. Hal sebegini tidak terkecuali bagi bidang pendidikan. 

Dengan jelas kita dapat lihat terutamanya bagi sekolah yang memiliki kepelbagaian kaum seperti sekolah menengah kebangsaan. Guru-guru tidak wajar sekiranya berat sebelah kepada sesuatu kaum sahaja sehingga timbul isu perkauman. Hal ini kerana setiap murid itu mempunyai hak di dalam bidang pendidikan. Peranan guru tidak boleh sesekali mengabaikan murid dari kaum yang lain. Perlu memberikan perhatian dan bimbingan secara sama rata.

 Kepelbagaian latar belakang individu dalam masyarakat mempengaruhi kpelbagaian latar belakang para pelajar dalam institusi pendidikan (Banks, 1989). Dalam konteks Malaysia, para pelajar di institusi pendidikan terdiri daripada pelajar yang memiliki pelbagai latar belakang berbea agama, etnik, bahasa dan budaya. Hal ini mnunjukkan kewajaran mengenai kepentingan pendidikan pelbagai budaya. Hak pendidikan itu ialah hak sama rata dan tidak cenderung hanya kepada satu-satu kaum sahaja.

BAB 10 : PENGURUSAN BIMBINGAN DAN PENASIHATAN

https://drive.google.com/open?id=0B7-JmIngnyTwRllnaWdNRU16eDg

Link google drive yang saya letakkan ialah link untuk Buku Panduan Pelaksanaan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Di sekolah Rendah dan Menengah. Di dalam buku panduan tersebut menjelaskan dengan lebih terperinci berkaitan dengan pengurusan bimbingan dan kaunseling yang seharusnya semua sekolah guna pakai. Ianya bagi membantu unit bimbingan dan kaunseling bagi setiap sekolah nagi tujuan urusan merekod, laporan, senarai semak, aktiviti-aktiviti yang boleh dijalankan dan sebagainya. Di dalam buku panduan ini juga ada disediakan pekeliling-pekeliling yang berkaitan sebagai rujukan unit bimbingan dan kaunseling serta pihak sekolah. 

Berdasarkan apa yang telah dipelajari, guru-guru kaunseling khususnya mestilah menguasai kemahiran-kemahiran asas bimbingan dan penasihatan. Bukan sahaja dari sudut bagaimana ingin mengurus pelajar-pelajar yang memiliki masalah sahaja, akan tetapi juga perlu berkemahiran dalam perkembangan personaliti, melayan dan memiliki kemahiran mendengar dengan menjadi pendengar yang baik kepada pelajar yang berkongsi masalahnya agar dapat mendatangkan solusi untuk setiap permsalahan yang murid hadapi, kemahiran lisan juga sangat penting kerana segala masalah murid perlu dirahsiakan tidak kira apa jua situasi sekalipun demi menjaga kemaslahatan murid tersebut dan guru-guru kaunseling ini juga perlu memiliki asas teori dan teknik kaunseling dalam proses ingin membantu pelajar yang bermasalah.


BAB 9 : PENGURUSAN DISIPLIN



Gambar di atas merupakan keratan akhbar daripada Utusan Online berkaitan dengan salah laku disiplin yang berat. Semakin hari semakin banyak masalah disiplin yang dihadapi oleh sekolah-sekolah. Tidak terkecuali bagi sekolah-sekolah agama dan sekolah berasrama penuh. Ianya melibatkan bukan sahaja sekolah menengah malah sekolah rendah juga ada yang terlibat dengan masalah-masalah disiplin ini. Masalah disiplin yang berlaku sekarang semakin tidak dapat dikawal sehingga melibatkan kes-kes jenayah dan melibatkan polis. Perkara ini seharusnya diambil tindakan segera oleh pihak sekolah khususnya unit disiplin sekolah agar tiada yang memudaratkan berlaku kepada guru dan murid-murid lain. Selain itu, peranan pihak kementerian itu sangat penting untuk menyediakan tindakan bagi mengatasi masalah-masalah disiplin yang semakin hari semakin bahaya dan kritikal sehingga ada yang diancam nyawanya. Sebagai contoh, ada sekumpulan pelajar yang menyertai kumpulan gangsterisme, kongsi gelap dan sebagainya.

Apabila melibatkan masalah disiplin, itu adalah di bawah tanggungjawab unit disiplin di sekolah. Walaupun unit disiplin adalah organisasi yang akan menguruskan masalah-masalah disiplin di sekolah, akan tetapi apa jua keputusan tindakan disiplin yang akan dikenakan akan diputuskan oleh pihak pengetua atau guru besar sekolah. Hal ini kerana ianya tertakluk di dalam peraturan 4 dalam peraturan-peraturan pelajaran (disiplin sekolah) 1959 : (tanggunggungjawab guru besar atas disiplin) "gruu besar adalah orang yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah" dan maksud itu ialah "mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid di sekolah itu". 

Walaubagaimanapun, setiap guru itu hendaklah berfungsi sebagai guru disiplin dan berperanan membimbing murid-murid agar dapat dicegah daripada melakukan dan terjebak dengan masalah-masalah disiplin di sekolah.